Terma dan Syarat

Maklumat yang di paparkan merupakan bahagian terpenting yang wajib anda faham terlebih sebagai Pembeli / Penjual / Affiliate Agent di BucketPay. Setiap kali ada perubahan, halaman ini akan sentiasa di update

Home

Terma Dan Syarat

BucketPay merupakan satu platform bisnes online yang melibatkan banyak pihak iaitu Customer, Seller, Affiliate dan pihak kami (BucketPay). Atas sebab itu, untuk memastikan platform ini dapat berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat haruslah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan supaya tiada masalah yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Berikut merupakan terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh setiap individu yang menggunakan platform ini :

Syarat Umum

1.1) Setiap individu (Customer / Seller / Affiliate) hanya dibenarkan mempunyai SATU akaun BucketPay sahaja. Anda tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu akaun. Contohnya, 1 akaun sebagai Seller dan 1 akaun sebagai Affiliate (ini tidak dibenarkan sama sekali). Penipuan dalam bentuk pendaftaran beberapa akaun BucketPay semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tertentu adalah satu kesalahan yang serius.

1.2) Sekiranya terdapat isu negatif sepanjang anda berurusan di platform ini, anda seharusnya berunding dengan pihak Seller (atau pihak yang berkenaan) terlebih dahulu. Sekiranya tidak berhasil, anda boleh melaporkan isu tersebut kepada pihak BucketPay untuk tindakan susulan. Anda tidak dibenarkan sama sekali menghebohkan sebarang isu negatif di media social. Tindakan anda mem”viral”kan sesuatu yang boleh menjejaskan nama baik platform ini secara langsung mahupun tidak langsung adalah satu kesalahan yang serius.

1.3) Anda mestilah warganegara Malaysia, mempunyai akaun bank tempatan dan mematuhi segala peruntukan undang-undang Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

1.4) Setiap individu (Customer / Seller / Affiliate) tidak boleh menggunakan sebarang helah yang boleh merugikan mana-mana pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Pelanggan / Customer

“Customer” adalah merujuk kepada individu yang membeli produk digital atau servis yang disenaraikan di platform BucketPay. Sebagai customer, anda haruslah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat sebarang pembelian :

2.1) Anda haruslah bersetuju untuk tidak menggunakan mana-mana produk/servis yang dilanggan ke arah yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan juga agama Islam.

2.2) Anda mestilah telah memahami tentang apa yang ditawarkan oleh pihak Seller sebelum membeli produk/servis mereka. Jangan letakkan pengharapan melebihi daripada apa yang dinyatakan oleh pihak Seller.

2.3) Untuk mendapatkan bantuan berkenaan dengan produk/servis yang dibeli, anda haruslah menghubungi pihak Seller terus tanpa melalui pihak BucketPay.

2.4) Untuk setiap pembelian produk/servis di BucketPay, anda akan dikenakan bayaran “Processing Fee” mengikut kadar yang telah ditetapkan. Bayaran ini tidak termasuk di dalam harga produk/servis.

2.5) Pihak BucketPay berhak mengambil dan menggunakan maklumat Customer untuk tujuan promosi dan sebagainya tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada Customer. Sebagai contoh ; menghantar newsletter, memaparkan testimonial dan sebagainya.

Agen Affiliate

Agen Affiliate adalah merujuk kepada individu yang mempromosikan produk milik Seller yang disenaraikan di platform BucketPay. Untuk menjadi agen Affiliate, anda haruslah bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum membuat sebarang promosi :

3.1) Anda mestilah tidak memutarbelitkan fakta produk semata-mata untuk mendapatkan jualan.

3.2) Anda mestilah melakukan promosi dengan cara berhemah tanpa menjejaskan pesaing.

3.3) Komisen hanya diberikan untuk produk yang anda sertai sebagai agen affiliate sahaja. Untuk produk selain itu, komisen tidak akan direkodkan oleh sistem kami.

3.4) Komisen hanya akan diberi jika Customer membuat pembelian secara ONLINE dan dapat di track oleh sistem sahaja.

3.5) Anda mestilah mematuhi mana-mana terma dan syarat platform yang digunakan untuk tujuan promosi. Sebagai contoh jika anda mempromosikan produk di Facebook, anda mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Facebook.

3.6) Pihak BucketPay berhak untuk menggunakan trafik yang di bawa oleh agen Affiliate untuk tujuan pemasaran, report dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

3.7) Agen tidak dibenarkan membuat pembelian untuk kegunaan peribadi menerusi link affiliate sendiri. Jika ia berlaku secara sengaja, keahlian anda sebagai agen affiliate akan ditamatkan serta merta dan komisen yang terhasil tidak akan dibayar.

3.8) Komisen akan dibayar menggunakan akaun Maybank sahaja. Sekiranya anda memasukkan akaun bank lain, “interbank transfer fee” akaun dipotong daripada komisen anda.

3.9) Sekiranya Customer meminta refund sebelum tempoh pembayaran komisen (duit jualan masih berada di pihak BucketPay), komisen agen affiliate akan dibatalkan. Namun sekiranya Customer meminta refund setelah komisen dibayar, ia bergantung kepada budi bicara pihak Seller sepenuhnya.

Seller / Penjual / Pemilik Produk

Seller adalah merujuk kepada individu yang menyenaraikan produk/servis mereka di platform BucketPay. Seller haruslah bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum membuat sebarang penyenaraian :

4.1) Produk digital yang disenaraikan mestilah produk milik sendiri. Bukan produk orang lain kecuali telah direbranding ( PLR ) atau mempunyai Hak Penjualan Semula yang Sah

4.2) Produk/servis anda mestilah tidak menyalahi undang-undang Malaysia dan tidak bercanggah dengan Agama Islam.

4.3) Seller mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu sales letter sama ada di website sendiri, di plaform BucketPay ataupun dalam benuk post di media social.

4.4) Tanggungjawab terhadap keberkesaan produk/servis kepada pengguna adalah terletak di bahu anda 100%.

Pihak BucketPay tidak terlibat sama sekali.

4.5) Semua urusan support berkaitan produk/servis mestilah diuruskan oleh anda tanpa melalui pihak BucketPay.

4.6) Sebarang perubahan yang dilakukan pada produk/servis atau material atau terma & syarat yang berkaitan dengan produk/servis mestilah dimaklumkan kepada pihak BucketPay terlebih dahulu.

4.7) Anda mestilah memberi respon kepada pelanggan anda (untuk servis) sepantas yang mungkin atau selewat-lewatnya 2 hari bekerja. Sekiranya terlewat, wang pelanggan akan dikembalikan. Sekiranya anda kerap terlewat sehingga menjejaskan nama baik BucketPay, keahlian anda sebagai seller akan ditamatkan.

4.8) Seller boleh membuat “close sale” menerusi Whatsapp, PM dan sebagainya. Namun, semua proses jual beli mestilah dibuat menerusi order form yang disediakan oleh pihak BucketPay sahaja. Seller tidak dibenarkan sama sekali menggunakan order form lain atau terima bayaran secara manual.

4.9) Seller mestilah memaklumkan kepada pihak BucketPay jika mereka ingin menghentikan jualan di BucketPay. Seller yang tidak membuat sebarang makluman akan disenaraihitam.

4.10) Pihak BucketPay berhak untuk membaca, mencuba dan mengkaji produk anda tanpa sebarang bayaran (tak perlu beli) untuk memastikan ia tidak melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan dan sebagainya yang difikirkan perlu.

4.11) Pihak BucketPay berhak untuk menggunakan trafik dan pelanggan yang diperolehi untuk tujuan pemasaran, report dan sebagainya yang difikirkan sesuai tanpa perlu meminta kebenaran daripada pihak Seller.

4.12) Pihak BucketPay berhak menggunakan testimonial yang diperolehi bagi tujuan untuk dijadikan bahan pemasaran tanpa perlu meminta kebenaran daripada pihak Seller.

4.13) Seller mestilah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak BucketPay kepada Customer dan juga agen Affiliate

4.14) Hasil jualan produk/servis akan dibayar menggunakan akaun Maybank sahaja. Sekiranya anda memasukkan akaun bank lain, interbank transfer fee akaun dipotong daripada hasil jualan produk/servis anda.

4.15) Sekiranya Customer membuat permohonan refund sebelum tempoh pembayaran komisen, pihak BucketPay berhak untuk refund sekiranya ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun sekiranya permohonan dibuat selepas komisen dibayar, ia bergantung kepada budi bicara pihak Seller sepenuhnya.

4.16) Untuk mereka yang ingin memberi bonus atau hadiah dalam bentuk wang kepada agen affiliate menggunakan sistem BucketPay, wang tersebut akan diambil daripada hasil jualan dan dibayar bersama-sama dengan komisen jualan.

Manakala untuk bonus atau hadiah yang berupa “benda fizikal dan sebagainya”, pihak Seller perlu menghubungi agen yang terbabit secara personal untuk tujuan pemberian hadiah.

 

Bucket Network Strategy
002881040-H