Hak Pembeli

Maklumat yang di paparkan merupakan bahagian terpenting yang wajib anda faham terlebih sebagai Pembeli di BucketPay. Setiap kali ada perubahan, halaman ini akan sentiasa di update

Home

Apa Yang Pembeli Wajib Tahu

Caj Penghantaran

Caj Penghantaran Produk Digital.

Sebaik sahaja pembayaran melalui FPX ( Payment Gateway ) telah berjaya , Anda sebagai pembeli akan terus  menerima produk digital yang anda perlukan serta merta. Tiada caj Penghantaran.

Namun begitu caj FPX ( RM 1.50 bagi setiap transaksi pembayaran yang berjaya ) akan di tanggung oleh pembeli dan akan tertera di invois pembayaran.


Caj Penghantaran Produk Fizikal.

Anda akan lihat jumlah caj penghantaran yang akan tertera di chart bergantung pada nilai caj semasa yang akan telah di tetapkan oleh pihak penghantar ( Courier service ).

Ini bermakna, tiada kos tersembunyi "Selepas Pembayaran". Jika anda setuju dengan jumlah caj penghantaran, ada boleh terus lakukan pembayaran secara online.  Caj Penghantaran akan tertera di Invois Pembelian anda

Cara dan Butiran Penghantaran

Penghantaran Produk Digital.

Sebaik sahaja pembayaran melalui FPX ( Payment Gateway ) telah berjaya , Anda sebagai pembeli akan terus  menerima produk digital yang anda perlukan serta merta di dashboard BucketPay.

Anda tidak perlu menungu pengesahan pembayaran secara manual ( 24 ke 48 jam ) dari pihak penjual.

Butiran pembayaran dan No Invois akan terus di SMS ke No HP Anda. Sila pastikan anda meletakkan maklumat yang tepat.


Penghantaran Produk Fizikal.

Pembeli dan Pemilik Produk akan mendapat SMS yang mengandungi No Invois dan Jumlah Bayaran . Pemilik produk atau wakilnya "wajib" mengemaskini sistem database dengan meletakkan tracking no penghantaran.

Anda akan menerima SMS tracking no secara automatik sebaik sahaja tracking no telah di kemaskini di dalam sistem BucketPay.

Tracking No juga akan tertera di dashboard akaun BucketPay anda.

 

Cara Nak Membuat Aduan / Gantirugi

Sistem Aduan

BucketPay menyediakan kemudahan untuk anda membuat aduan / pertanyaan berkaitan produk yang anda beli sekiranya perlu.

Sistem aduan ini hanya dipaparkan setelah anda login ke akaun BucketPay anda demi memastikan privacy dan proses lebih terjamin. Anda akan mendapat salinan aduan yang anda hantar di email anda.

Gantirugi

Bagi produk Fizikal, anda boleh terus menghubungi pemilik produk yang mana maklumat boleh diperolehi di Invois Pembelian

Refund

Bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan, pihak BucketPay turut menyediakan jaminan pengembalian wang (refund). Namun ia tertakluk pada syarat-syarat berikut :

  • Permohonan refund daripada pihak BucketPay hanya dibenarkan SEBELUM pembayaran komisen dilakukan sahaja. Sila lihat jadual pembayaran komisen
  • Bayaran refund hanya sah untuk harga produk/servis sahaja. Manakala processing fee tidak akan di refund
  • Setiap jualan yang terhasil, ada kos di belakangnya (sama ada di pihak agen affiliate atau BucketPay ). Jesteru itu, refund hanya akan diberikan jika produk/servis yang diterima tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak seller sahaja. Jika segala penerangan telah diberikan, tetapi pelanggan tetap beli dengan harapan (expectation) yang melebihi daripada apa yang dinyatakan, ia tidak termasuk dalam jaminan refund jika berlaku ketidakpuasan hati di kemudian hari.

Peringatan

NOTA – Untuk menjaga kebajikan pihak Seller dan pihak BucketPay sendiri, mana-mana pelanggan yang memohon refund melebihi 3 kali tanpa alasan yang kukuh boleh disenarai hitam daripada platform ini.

Bucket Network Strategy
002881040-H